You are here: Home Events Century Ride 2009 Century Ride 2009 | Press Article

On The Move

KRI Cycling

Century Ride 2009 | Press Article

E-mail Print PDF

BERITA HARIAN 

Tarikh  09 June 2009

Utara: Maraton berbasikal jelajah negeri 19 Julai

IPOH: Peminat sukan berbasikal jarak jauh yang ingin menikmati suasana alam sekitar dan hutan rimba boleh menyertai acara maraton berbasikal Century Ride 2009 dengan penjelajahan sejauh 160 kilometer (km) pada 19 Julai ini.

 


Acara maraton itu ni bermula dari Bukit Kinding dan melalui beberapa lokasi menarik antaranya Tanah Hitam, Jalong, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Sauk dan Karai.

Presiden Kelab Roadrunners Ipoh (KRI), Chong Him Shoong, berkata maraton berbasikal tahun ini berjaya menarik penyertaan peserta luar negara seperti Hong Kong, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan dan Jepun.

 "Di samping itu, sepanjang perjalanan ada pemandangan indah seperti gua batu kapur di samping tempat bersejarah serta perkampungan Orang Asli yang pasti memukau peserta acara ini," katanya.

Chong berkata, tahun lalu seramai 435 peserta menyertai acara itu dan dijangka bilangannya bertambah terutama penyertaan peserta luar negara.

"Tahun ini penyertaan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki (18 tahun ke atas), Veteran Lelaki (40-49 tahun), Veteran Lelaki Senior (50 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita (18 tahun ke atas)," katanya.

Beliau berkata, acara itu diharap dapat membantu mempromosi pelancongan Perak yang sememangnya kaya dengan warisan dan khazanah sejarah di samping keindahan alam sekitarnya yang belum tercemar.

Katanya, acara yang mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan itu turut menerima penaja seperti  Pasaraya Ku Trading, My Gopeng Resort, U Mobile Sdn Bhd ,Hotel Tower Regency, Bukit Kinding Resorts, Brooks, Nestle  Sdn Bhd , Kelab Adventure Penang 4 x 4 , Cool Rhino dan Hovid Pharmacy.
 
"Pada hari ini, kita berjaya mengumpul sebanyak RM36,000 bagi menaja acara marathon yang satu-satunya di Malaysia," katanya.

Selain itu, Chong berkata, maraton berbasikal pada kali ini amat istimewa kerana peserta akan diberikan sehelai jersi bernilai RM50 yang akan dipakai pada hari berkenaan supaya nampak seragam dan menarik.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai acara maraton berbasikal ini bolehlah melawat laman web www.kricycling.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

 

 星洲日報

競跑俱樂部腳車世紀之旅歡迎報名‧推介制
(霹靂‧怡保)怡保競跑俱樂部定期7月19日(週日)清晨7時,在紅毛丹武吉京丁怡景嶺度假村(Bukit Kinding Resort)舉行第3屆怡保競跑俱樂部2009年世紀之旅。

怡保競跑俱樂部主席張鑫雄週四(6月4日)在一項新聞發佈會歡迎有興趣者踴躍參加,並可在腳車賽的沿途中,欣賞到一路上的美景。

工委會主席馬浚斐表示,該部成立了20年,腳車世紀之旅已進入第3屆,是全國唯一的大型公路腳車活動,每年都有不少人參與。

此俱樂部也在現場推介腳車隊制服,會員每件售120令吉,非會員售150令吉。

贊助商 My Gopeng Resort代表林基祥也在儀式上移交2萬5000令吉模擬支票、Pasarayaku總經理黃偉良移交8000令吉模擬支票、U Mobile移交8000令吉模擬支票給主辦單位。其他贊助商是武吉京丁怡景嶺、100PLUS、Milo、Brooks、Hovid、太子酒店、Penang4x4Adventure Club、CoolRhino和Great Eastern Decorator。

其他出席者包括工委會副主席張友財、秘書錢德金等。

 

Last Updated ( Thursday, 18 June 2009 17:25 )